Falcon Heavy
Falcon Heavy

Falcon Heavy

Falcon Heavy ialah kenderaan pelancar angkat berat separa guna semula yang direka dan dibuat oleh SpaceX. Ia diperoleh daripada kenderaan Falcon 9 dan terdiri daripada peringkat pertama Falcon 9 yang diperkuat sebagai teras pusat dengan dua peringkat tambahan sebagai penggalak pemaut.[1] Ini meningkatkan muatan maksimum orbit rendah Bumi (LEO) kepada 63,800 kilogram (140,700 lb), berbanding 22,800 kilogram (50,300 lb) untuk tujah penuh Falcon 9, 28,790 kilogram (63,470 lb) untuk Delta IV Heavy, 27,500 kilogram (60,600 lb) untuk pesawat ulang-alik dan 140,000 kilogram (310,000 lb) untuk Saturn V. Falcon Heavy merupakan roket bermuatan keempat tertinggi di dunia yang pernah dibina, selepas Saturn V, Energia dan N1 dan roket paling berkuasa sedang dalam operasi setakat tahun 2018.Syarikat SpaceX mengendalikan pelancaran sulung Falcon Heavy pada 6 Februari 2018, jam 3:45 petang EST (20:45 UTC).[2][3][4] Roket tersebut membawa Tesla Roadster milik pengasas syarikat itu Elon Musk sebagai muatan semu.[5][6]Falcon Heavy direka untuk membawa manusia ke angkasa termasuklah ke Bulan dan Marikh, walaupun setakat Februari 2018, ia tidak diperakui dan tiada rancangan untuk menggunakan roket tersebut untuk misi yang membawa kakitangan; ia sebaliknya akan digunakan untuk melancarkan satelit-satelit besar dan kuar-kuar angkasa.[7]

Rujukan

WikiPedia: Falcon Heavy http://www.spaceflightinsider.com/launch-schedule/ http://www.spaceflightinsider.com/launch-schedule/... http://spacex.com/falcon-heavy http://www.spacex.com/falcon9 http://www.bbc.co.uk/news/science-environment-4295... https://www.cbsnews.com/news/watch-live-falcon-hea... https://twitter.com/elonmusk/status/93678126567559... https://www.wsj.com/articles/elon-musk-says-spacex... https://www.youtube.com/watch?v=I7LJIuB2CHE https://www.youtube.com/watch?v=Tk338VXcb24